Home » » Review kereta | Toyota Corolla Altis 1.8G Simpang Pulai - Cameron Highland - Gua Musang

Review kereta | Toyota Corolla Altis 1.8G Simpang Pulai - Cameron Highland - Gua Musang



Hari Jumaat lepas aku balik kampung dengan Toyota Corolla Altis 1.8G melalui Simpang Pulai – Cameron Highland – Gua Musang. Aku Cuma nak kongsi pengalaman aku le bawak Toyota Corolla Altis 1.8G ni kan.


Sebelum ni aku guna wira se 1.5. Tak berani aku nak bawa laju2 wira se ni sebab dia bergoyang masa ambil corner. Tapi dengan Toyota Corolla Altis 1.8G ni aku yakin skit le masa bawak tuh. 

Turun bukit kat Cameron Highland pun aku tekan minyak jugak sebab yakin punya pasal le kan. Kalau wira se aku dulu tu. Tak berani aku tekan minyak kalau turun bukit.

Kelajuan pun bertambah le. Aku bawak 140 – 150 km/j Plus Highway, simpang pulai – Cameron highland 80-100 km/j dan Cameron highland – gua musang 100-120 km/j. Okle tu kan, sampai dengan selamat, lagipun kereta tak banyak lalu jalan tuh.

Lagi satu yg aku perasan, Toyota Corolla Altis 1.8G dia punya absorber keras sikit, jadi masa ambil corner tu kan, smooth je le, ni yg bestnya.

Ekon ok, cepat sejuk tapi aku guna min je walaupun cuaca panas sebab aku takut ngantuk nanti memandu sorang2, bahaya.

Radio boleh tukar channel dan main volume kat stereng je, selamat skit le semasa bawak keta tu. Sampai pekan gua musang aku beli CD dikir barat untuk layan dalam kereta.

Toyota Corolla Altis 1.8G so far so good. Km dah lebih 1000km utk servies pertama, aku belum buat lagi nih…hehe.. dah cecah 1400km dah ni.




Terima kasih kerana membaca Review kereta | Toyota Corolla Altis 1.8G Simpang Pulai - Cameron Highland - Gua Musang. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan