Home » » Toyota Corolla Altis 1.8G | 0.12sen/km Taiping - Subang Jaya RON95

Toyota Corolla Altis 1.8G | 0.12sen/km Taiping - Subang Jaya RON95

Minggu lepas aku balik Taiping dari Subang Jaya, saja nak try power Toyota Corolla Altis 1.8G. Camne performance dia kan…dan juga aku nak cuba kira minyak RON95 yg aku guna ni, jimat ke tidak. Kalau ikut iklan Toyota kata 0.11sen/km, betul ke?

Subang Jaya ke Taiping lebih kurang 300km, aku lupa set kat meter tuh. Masa balik dari Taiping ke Subang Jaya, aku isi minyak penuh dan masa sampai Subang Jaya aku dengan rajinnya isi minyak lagi RON 95 je tau.

300km, nilai minyak rm36. Kira punya kira, dapatle 0.12sen/km, jimat jugak ni kan, tul tak? Ini kat PLUS average 140km/j. Rasa konfident le banding dgn proton aku dulu, ambil koner steady Cuma kalau koner belah kiri aku takut skit, kanan ok aku berani ini bukan sebab kereta, ini sebab aku sendiri.

Jadi kesimpulannya, jalan jarak jauh Toyota Corolla Altis 1.8G berdasarkan
pengalaman aku:

1. minyak 0.12sen/km
2. speed 140km/j ok je, aku takut nak lebih lagi hehe, sekali sekala
cecak 155km/j
3. kereta stabil masa speed

Korang ada pengalaman lain tak?


Terima kasih kerana membaca Toyota Corolla Altis 1.8G | 0.12sen/km Taiping - Subang Jaya RON95. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan