Home » » Toyota Corolla Altis 1.8G | Cat bumper pun tak cantik

Toyota Corolla Altis 1.8G | Cat bumper pun tak cantik

Minggu lepas buat appointment dengan Toyota, nak cat bumper belakang. Hantar kereta Toyota Corolla Altis 1.8G pagi, petang pukul 6.00pm baru siap kat toyotsu seksyen 15 Shah Alam.

Apa yang berlaku? Masa nak ambil kereta, lebih kurang pukul 6.00 pm, check kereta dgn supervisor kat sana, tgk dr belakang nampak bumper tu cantik, berkilat, intai dari bawah, hampeh, finishing fail. Suruh dia polish lagi bahagian bawah bumper, tunggu setengah jam lagi kat kedai mamak. Pekena
rojak skit.

Lepas setengah jam, siap kereta. Pegi check, nampak macam ok. Lepas bayar rm480, bawak balik rumah. Selang beberapa hari. Baru perasan cat kat Toyota tuh tak perfect. Kawasan yang kena langgar hari tu, masih nampak lekuk-lekuknya. Hampeh tul, bazir masa aku jer nih.

Ada le skit kalau tengok dekat nampakle, tgk jauh2 tak nampak. Masa tak berapa luang nak pegi Toyota balik, tapi warranty setahun. Ok le kan, Cuma masa je membazir.

Harap-harap UMW Toyotsu seksyen 15 shah alam lebih hati-hati lain kali. Tak kira le yang buat cat ni kontraktor ke, tapi nama Toyota kena le jaga. Buat keje sempurna pada kali pertama.

P/s: kita tak harapkan orang Toyota baca pun, Cuma nak kongsi pengalaman je.






Terima kasih kerana membaca Toyota Corolla Altis 1.8G | Cat bumper pun tak cantik. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan