Home » » My Proton MakeOver-Proton Saga 1992 Talaan R3 Telah Siap Dan Diserahkan Kembali!

My Proton MakeOver-Proton Saga 1992 Talaan R3 Telah Siap Dan Diserahkan Kembali!

Saga 1992 R3 1 My Proton MakeOver Proton Saga 1992 Talaan R3 Telah Siap Dan Diserahkan Kembali!
 
Setelah sabar menunggu dalam penuh debaran, akhirnya saudara Fadly Hisham Roplay telah menerima semula Proton Saga 1992 miliknya, tetapi kali ini kereta kesayangannya itu telah berwajah baru hasil sentuhan divisyen permotoran Proton R3. Majlis penyerahan Saga 1992 R3 itu telah berlangsung untuk meraikan pemenang pertama program "My Proton Makover" yang diadakan melalui pertandingan Very Important Proton (VIP).
 
Saga 1992 R3 2 My Proton MakeOver Proton Saga 1992 Talaan R3 Telah Siap Dan Diserahkan Kembali!
 
Melihat kepada gambar-gambar tersebut, bahagian interior paling menarik apabila dashboard lama Saga telah digantikan dengan dashboard baru dari model Saga LMST yang dikeluarkan pada tahun 2003-2008. Bahagian luaran juga menerima sentuhan lebih kemas, terutama sekali penggunaan sport rim R3 bersama sistem gantungan berprofail rendah menjadikan penampilan visualnya cukup sporty dan mantap.
 
Saga 1992 R3 3 My Proton MakeOver Proton Saga 1992 Talaan R3 Telah Siap Dan Diserahkan Kembali!
 
Walaupun program 'overhaulin' yang dilakukan R3 masih belum menyeluruh apabila tidak melibatkan pertukaran enjin baru, hasil yang dilakukan tetap memuaskan. Bayangkan kalau Saga 1992 milik juruteknik Fadly Hisham Roplay memiliki jantung baru berupa sebuah enjin CamPro CPS 1.6 yang ditala khas oleh R3, pastinya sangat hebat.
 
Saga 1992 R3 4 My Proton MakeOver Proton Saga 1992 Talaan R3 Telah Siap Dan Diserahkan Kembali!
 
Kepada pemilik-pemilik kereta Proton yang berminat, masih ada lima lagi kereta yang akan ditala oleh R3 dalam program "My Proton Makeover", apa yang perlu anda lakukannya hanya layari http://www.protonvip.com/ ceritakan pengalaman ketika bersama kereta Proton kesayangan anda dan bagaimana ianya memberikan kesan besar dalam hidup anda.
 
Saga 1992 R3 6 My Proton MakeOver Proton Saga 1992 Talaan R3 Telah Siap Dan Diserahkan Kembali!
 
Pihak Proton akan memilih cerita terbaik dan anda mungkin pemenang seterusnya. Tarikh tamat penyertaan pada 28 Disember 2011.Apa pandangan anda mengenai Proton Makeover Saga R3 ini?



Terima kasih kerana membaca My Proton MakeOver-Proton Saga 1992 Talaan R3 Telah Siap Dan Diserahkan Kembali!. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan