Home » » Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk 10 dana

Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk 10 dana

Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual, mengumumkan pengagihan
untuk sepuluh dana berjumlah lebih RM573 juta. Pengagihan kasar yang
diumumkan untuk dana-dana berikut adalah bagi tahun kewangan berakhir pada 31
Mei 2011:


Dana
Pengagihan Kasar / Unit
Public Dana Ittikal
8.00 sen seunit
Public Dana Islamic Equity
2.00 sen seunit
Public Dana Islamic Select Treasures
1.50 sen seunit
Public Dana Far-East Select
1.75 sen seunit
Public Dana Regional Sector
1.75 sen seunit
Public Dana Global Select
0.75 sen seunit
Public Dana Dividend Select
3.00 sen seunit
PB Dana ASEAN Dividend
1.50 sen seunit
Public Dana Balanced
7.00 sen seunit
Public Dana Select Bond
4.50 sen seunit


Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Yeoh Kim Hong berkata dana-dana ini
telah mencapai prestasi yang baik bagi tempoh berakhir 13 Mei 2011.

Public Dana Ittikal dan Public Dana Islamic Equity telah menghasilkan pulangan
satu tahun sebanyak 20.01 peratus dan 15.47 peratus masing-masing bagi tempoh
berakhir 13 Mei 2011, berdasarkan Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 23
Mei 2011. Public Dana Ittikal yang dilancarkan pada tahun 1997, merupakan
sebuah dana yang banyak memenangi anugerah, iaitu sebanyak 22 anugerah dana
dalam kategorinya termasuk Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper dan
Anugerah Dana Islam Failaka. Sebuah lagi dana yang patuh Syariah iaitu Public
Dana Islamic Select Treasures yang dilancarkan pada 2008, telah menghasilkan
pulangan satu tahun sebanyak 21.86 peratus bagi tempoh yang sama.

Bagi dana-dana serantau dan global pula, Public Dana Far-East Select dan Public
Dana Regional Sector telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 24.25
peratus dan 23.69 peratus masing-masing bagi tempoh yang sama. Sementara itu,
Public Dana Global Select telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 8.59
peratus bagi tempoh berakhir 13 Mei 2011, berdasarkan Jadual Dana The Edge-
Lipper.

Sementara itu, Public Dana Dividend Select dan PB Dana ASEAN Dividend telah
menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 21.67 peratus dan 21.65 peratus
masing-masing bagi tempoh berakhir 13 Mei 2011.

Pada masa yang sama, Public Dana Balanced yang dilancarkan pada tahun 1995,
merekodkan pulangan satu tahun sebanyak 15.01 paratus bagi tempoh berakhir 13
Mei 2011, sementara itu Public Dana Select Bond merekodkan pulangan satu tahun
sebanyak 3.65 paratus berdasarkan Jadual Dana The Edge-Lipper.

Public Dana Ittikal, Public Dana Islamic Equity, Public Dana Islamic Select
Treasures, Public Dana Balanced, Public Dana Dividend Select dan Public Dana
Select Bond adalah terbuka kepada Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Kecuali PB Dana ASEAN Dividend yang diedarkan oleh cawangan-cawangan
Public Bank di seluruh negara, kesemua dana-dana tersebut diedarkan oleh
perunding-perunding unit amanah Public Mutual.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia
dengan menguruskan sebanyak 85 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih
2,440,000 pemegang akaun dan pada 29 April 2011, jumlah nilai aset bersih dana yang
diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM43.4 bilion.



Terima kasih kerana membaca Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk 10 dana. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan