Home » » REVIEW Peugeot 508 Dilancarkan Di Malaysia – RM169,888.00

REVIEW Peugeot 508 Dilancarkan Di Malaysia – RM169,888.00

peugeot 508 malaysia (REVIEW) Peugeot 508 Dilancarkan Di Malaysia   RM169,888.00
 
Kalau di Malaysia, Peugeot adalah pengedar rasmi adalah syarikat Nasim Sdn Bhd yang juga merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Naza. Baru-baru ini mereka telah melancarkan model sedan premium dalam segmen D iaitu model Peugeot 508 di Malaysia. Sebelum ini, model Peugeot 508 mula dipamerkan semasa Motor Show 2010 di Paris…..
Model kereta Peugeot 508 merupakan pengganti kepada kejayaan segmen D Peugeot 407 sebelum ini dan satu lagi model yang berkelas tinggi iaitu model 607 (yang ini tidak dijual di Malaysia). Kalau lihat kepada rekebantuknya pun, model kereta Peugeot 508 memang ada tarikannya tersendiri. Yang bertambah menariknya secara faktanya model kereta Peugeot 508 ini merupakan :
  • Anugerah Best New Car of 2011 dari majalah Fleet World di UK
  • Anugerah dalam kategori kereta import dikalangan 18 model semasa Auto Trophy 2010 di Jerman
Model Peugeot 508 ini dimport CBU sepenuhnya, tetapi janji Nasim Sdn. Bhd, kalau jualan model ini mencecah antara 300 hingga 400 unit, besar kemungkinannya akan dipasang secara CKD di kilang Naza Automotive Manufacturing Sdn. Bhd. (NAM), Gurun, Kedah.
Harga yang ditawarkan : RM 169,888 (on road)
peugeot 508 malaysia 2 (REVIEW) Peugeot 508 Dilancarkan Di Malaysia   RM169,888.00
Puas hati dengan harga yang ditawarkan? Yang pastinya bahagian luaran model Peugeot 508, boleh kami rasakan agak menarik, dinamik  dan moden tetapi dalam pada masa yang sama mementingkan ciri keselamatan :
  • Terdapat jeriji depan 'terapung' dibahagian hadapan
  • Menggunakan roda saiz "18″, yang dibalut dengan tayar 235/45
  • Kadang-kadang depan dah ok. Tapi belakang pula "out". Tetapi, kombinasi pada lampu di bahagian belakang "kena" dengan rekabantuknya dan menarik
  • Kalau pada waktu malam, anda boleh lihat visual yang menarik & boleh dikatakan unik juga melalui lampu LED tiga baris yang ada
Model Peugeot 508 yang mendapat rating 5 bintang daripada EuroNCAP untuk model sedan premium dilengkapi dengan :
  • 6 beg udara
  • Kawalan brek (ABS, EBD, Emergency Brake Assist, EBS)
  • Anti-Skid Regulation dan Dynamic Stability Control
  • Sistem Hill Assist
  • Sistem bantuan parking depan dan belakang yang dipaparkan melalui skrin berwarna multi-fungsi dan sistem Available Space Measurement (ASM)
  • Lampu Bi-Xenon dengan mempunyai pelarasan ketinggian automatik dan fungsi Beam Smart yang secara automatik bertukar antara tinggi atau rendah berdasarkan keadaan lalulintas dan pencahayaan persekitakaran
  • Fungsi Available Space Measurement (ASM) yang membantu pemandu semasa hendak meletak kereta. Cool…
Bercerita tentang rekaan dalaman termasuklah ciri tambahan dan aksesori mewah ditahap maksimum yang ada pada model Peugeot 508, antaranya ialah :
  • Kusyen berkuasa elektrik untuk pemandu dan penumpang
  • Knob kawalan intuitif di konsol tengah yang mengoperasikan skrin berwarna multi-fungsi 7 inci HD, penyambungan USB dan Bluetooth.
  • Penyaman udara daripada empat zon
  • Penghidup enjin push-start
  • Stereng multi-fungsi dilihat lebih sporty dan elegan dengan adanya butang kawalan suara dan radio, penyambungan Bluetooth dan fungsi 'cruise control'.
  • Penggunaan sistem hi-fi 10 pembesar suara dari JBL dengan penguat suara (amplifier) keliling 500W bersama pemproses audio Arkamys
  • Unit head-up display (HUD)
  • Brek parking elektrik automatik



Terima kasih kerana membaca REVIEW Peugeot 508 Dilancarkan Di Malaysia – RM169,888.00. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan