Home » » Ringgit Cost Averaging – Teknik pelaburan Bijak. Nama cam takut je aku baca

Ringgit Cost Averaging – Teknik pelaburan Bijak. Nama cam takut je aku baca

Ramai orang yang takut bila mendengar perkataan saham. bagi mereka kalau main saham, harga jatuh, duit hangus. Memang benar, kalau main memang ada risiko kerugian.

Dalam urusniaga saham, mudah sahaja, beli murah jual mahal. Tapi, mampukah kita meramal bila masa yang sesuai untuk membeli dan menjual?

Jadi, untuk saudara saudari yang tidak pandai bermain saham tetapi ingin melabur, adalah sesuai jika anda melabur di dalam unit amanah kerana di sini anda boleh melakukan teknik Ringgit Cost Averaging.

Satu-satunya cara untuk mengatasi masalah volatility pasaran saham yang constant ialah melalui teknik Ringgit Cost Averaging. Teknik ini telah terbukti berkesan untuk pelaburan jangka panjang.

Dalam ringgit cost averaging, pelaburan dilakukan secara berkala setiap bulan atau setiap suku tahun bergantung pada individu. Sebagai contoh, anda melabur melalui potongan gaji sebanyak RM500 sebulan ke dalam unit amanah. Teknik ini mampu mengurangkan risiko dalam pelaburan berbanding pelaburan berbentuk lump sum. Jadi anda tidak perlu risau lagi dengan masalah harga turun naik.

Bagaimana Melakukan Ringgit Cost Averaging?
Sebagai contoh, anda ingin melabur sebanyak RM12,000 setahun untuk masa depan pendidikan anak anda. Daripada anda melaburkan terus Rm12,000 ke dalam sesuatu dana (lump sum), anda boleh melabur sebanyak RM1000 setiap bulan (Ringgit Cost Averaging).


Keputusan

Purata kos per unit RM0.1923
Harga unit pada December RM0.2510
Nilai pelaburan pada December RM15,664.48
Dalam contoh di atas, melabur menggunakan ringgit cost averaging, jumlah purata harga unit yang anda beli adalah RM0.1923, berbanding RM0.2549 jika anda melabur secara lump sum dalam bulan januari


Terima kasih kerana membaca Ringgit Cost Averaging – Teknik pelaburan Bijak. Nama cam takut je aku baca. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan