Home » » Enam Ahli KWSP Disabit Kesalahan Menipu Pengeluaran Perumahan Dan Hilang Upaya. Di denda RM5900 Dan Boleh DiPenjara Sebulan.

Enam Ahli KWSP Disabit Kesalahan Menipu Pengeluaran Perumahan Dan Hilang Upaya. Di denda RM5900 Dan Boleh DiPenjara Sebulan.

Enam ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah disabit kesalahan oleh mahkamah di antara bulan Oktober dan Disember 2011 (Suku Tahun Keempat 2011) di bawah Seksyen 59, Akta KWSP 1991 kerana terlibat dalam penipuan pengeluaran.
 
Ahli terbabit telah didapati bersalah dan didenda berjumlah RM5,900 oleh mahkamah atas kesalahan melibatkan pengeluaran perumahan dan hilang upaya di mana lima daripada mereka berkemungkinan dipenjarakan sehingga satu bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
 
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Encik Nik Affendi Jaafar berkata, "KWSP ingin mengingatkan ahli  bahawa tujuan menyimpan dengan KWSP adalah untuk memastikan keperluan asas kewangan bagi persaraan ahli boleh dicapai. Sebarang cubaan untuk mengeluarkan simpanan mereka  secara tidak sah adalah bercanggah dengan tujuan utama menyimpan dengan KWSP kerana akhirnya ahli juga yang  akan rugi."



Terima kasih kerana membaca Enam Ahli KWSP Disabit Kesalahan Menipu Pengeluaran Perumahan Dan Hilang Upaya. Di denda RM5900 Dan Boleh DiPenjara Sebulan.. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan