Home » » UNIT AMANAH PUBLIC MUTUAL - KELEBIHAN MELABUR DALAM UNIT AMANAH

UNIT AMANAH PUBLIC MUTUAL - KELEBIHAN MELABUR DALAM UNIT AMANAH

1.   Pengurusan Dana Profesional
Pelaburan di dalam dana unit amanah diurusselia oleh pengurus dana profesional yang memiliki pengetahuan mendalam mengenai ekonomi dan penyelidikan korporat dan mengenalpasti pelaburan yang berpotensi. Mereka mempunyai akses kepada pelbagai bahan-bahan ekonomi dan penyelidikan korporat.
2.   Mempelbagai Peluang
Pelaburan di dalam dana unit amanah menyediakan peluang untuk melebarkan portfolio pelaburan melalui pelbagai jenis saham dan terbitan walaupun dengan modal yang kecil.

3.   Memudahkan Transaksi
Menyediakan para pelabur dengan kaedah yang lebih mudah, lebih selesa dan bebas dari kerumitan untuk melakukan pelaburan saham berbanding memegang portfolio sendiri di pasaran saham.

4.   Meminimakan Risiko
Mempelbagaikan portfolio melebarkan pendedahan para pelabur daripada risiko, menerusi keluasan portfolio saham dan derivatif, yang mana menawarkan pelbagai jenis risiko yang berbeza.

5.   Kecairan
Pemegang unit boleh mencairkan kesemua atau sebahagian daripada unit-unit mereka pada bila-bila masa sepanjang hari perniagaan tanpa sebarang kesukaran.
 6.   Potensi Pertumbuhan Modal
Di dalam jangka panjang, pada amnya potensi pulangan melalui pertumbuhan modal dan pengagihan pendapatan adalah lebih tinggi berbanding simpanan di bank-bank. Oleh itu, pelaburan dalam unit amanah boleh digunakan untuk keperluan masa depan seperti pendidikan anak-anak, persaraan atau menunaikan umrah dan sebagainya mengikut keperluan masing-masing.


Terima kasih kerana membaca UNIT AMANAH PUBLIC MUTUAL - KELEBIHAN MELABUR DALAM UNIT AMANAH. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan