Home » » UNIT TRUST PUBLIC MUTUAL - KELEBIHAN PELABURAN DANA ISLAM MELALUI SKIM AHLI KWSP

UNIT TRUST PUBLIC MUTUAL - KELEBIHAN PELABURAN DANA ISLAM MELALUI SKIM AHLI KWSP

1.       MENEPATI SYARIAH
Peluang membuat pelaburan ke dalam dana-dana yang menepati syariah. Pelaburan di dalam dana-dana Islam dikawalselia oleh Panel Penasihat Syariah yang dilantik oleh Pengurus-Pengurus Dana berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

2.       PULANGAN LEBIH TINGGI
Anda berpeluang menikmati pulangan dividen dan keuntungan modal yang diperolehi daripada pelaburan di dalam unit amanah. Sekadar perbandingan, dalam tempoh lima tahun terkini (bagi tahun 2001 – 2005) purata pulangan dividen oleh KWSP sebanyak 4.7% setahun, berbanding pulangan Dana Public Ittikal dalam tempoh yang sama memperolehi pulangan sebanyak 15% setahun!
Nota : Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa prestasi masa lalu tidak semestinya sebagai petunjuk atau gambaran sebenar prestasi masa depan.

3.       TIDAK GANGGU WANG POKET
Tidak mengganggu aliran tunai wang poket anda kerana anda tidak perlu mengeluarkan wang daripada poket anda, sebaliknya hanya perlu memindahkan wang daripada Akaun 1 KWSP anda ke Institusi Pengurusan Dana.

Melabur dalam unit trust islamik

4.       MENGGUNAKAN SUMBER SEDIA ADA
Anda tidak perlu membuat pinjaman atau mendapatkan kewangan daripada sumber-sumber baru untuk mendapatkan peluang untuk melabur dalam unit amanah kerana anda cuma perlu bijak menggunakan sumber kewangan sedia ada pada anda iaitu di dalam Akaun 1 KWSP anda untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik.

5.       NILAI TAMBAH
Anda berpeluang memperolehi pelbagai nilai tambah melalui pelaburan di Institusi Pengurus Dana kami. Di antaranya, melalui pelaburan di dalam dana Public ITTIKAL atau Public Islamic Balanced, anda akan memperolehi perlindungan Takaful secara PERCUMA yang melindungi risiko Keilatan Kekal Menyeluruh dan Kemalangan Diri Berkelompok sehingga RM100,000 berdasarkan jumlah unit pelaburan yang diambil.

6.       KEKERAPAN MENAMBAH PELABURAN
Anda berpeluang menambah pelaburan melalui skim ini setiap 90 hari untuk mendapatkan pulangan yang kompetitif.

7.       WANG PERSARAAN LEBIH TINGGI
Dengan peluang untuk mendapatkan pulangan yang lebih menguntungkan, bermakna anda berpeluang untuk meningkatkan simpanan KWSP untuk tujuan hari persaraan anda kelak.

8.       KEPUASAN MENGURUS SENDIRI
Anda boleh mendapat kepuasan menguruskan sendiri wang simpanan KWSP anda untuk dilaburkan di tempat yang anda inginkan dan yakini melalui Institusi Pengurusan Dana yang berkredibiliti dan berprestasi tinggi, khususnya untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi, menepati syariah dan lebih nilai tambah !



Terima kasih kerana membaca UNIT TRUST PUBLIC MUTUAL - KELEBIHAN PELABURAN DANA ISLAM MELALUI SKIM AHLI KWSP. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan