Home » » Gambar Kepala Kanak-Kanak Tersangkut Di Celah Jeriji

Gambar Kepala Kanak-Kanak Tersangkut Di Celah Jeriji

 
 
CEMAS…orang ramai cuba mengeluarkan kepala Farah Fitrina (dalam bulatan) yang tersangkut di jeriji pintu pagar.
IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun menempuh saat mencemaskan apabila kepalanya tersangkut pada jeriji pintu pagar rumah hingga menyebabkan mangsa hampir lemas akibat tercekik.
Dalam kejadian jam 2 petang semalam, mangsa, Farah Fitrina Abdullah dikatakan bermain dengan rakan di pekarangan rumah keluarganya di Silibin, di sini, sebelum memasukkan kepalanya menerusi ruang kecil pada besi jeriji berkenaan.
Tindakannya itu menyebabkan leher mangsa tersangkut dan kepalanya gagal ditarik keluar lebih setengah jam.
Mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan selepas penduduk menggunakan jek kereta untuk merenggangkan besi jeriji itu.
Kakak mangsa Farah Syahida, 18, ketika ditemui berkata, kejadian berkenaan pertama kali dialami walaupun adik bongsunya itu kerap bermain di pintu pagar rumah berkenaan.


Terima kasih kerana membaca Gambar Kepala Kanak-Kanak Tersangkut Di Celah Jeriji. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan