Home » » GAMBAR - PERODUA KELUARKAN MODEL KERETA SEDAN

GAMBAR - PERODUA KELUARKAN MODEL KERETA SEDAN

 
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) berkemungkinan besar akan mempelbagaikan lagi model kenderaannya untuk memenuhi permintaan apabila merancang untuk mengeluarkan jenis kenderaan kategori sedan.
 
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, bagaimanapun Perodua masih mengkaji kemungkinan untuk mengeluarkan kereta sedan pada masa terdekat ini. "Ini adalah aspirasi saya. Jika ada peluang dan dibenarkan oleh rakan kongsi dan pemegang saham kami, ini adalah apa yang kami ingin lakukan," katanya pada sidang media selepas menandatangani memorandum persefahaman antara Perodua Sales Sdn Bhd dan UMW Corporation Sdn Bhd di Rawang, semalam.
 
Dipercayai Perodua mungkin akan bekerjasama dengan UMW Holdings Bhd untuk mengeluarkan model sedan itu.
Aminar bagaimanapun berkata, Perodua tidak berminat untuk melabur dalam pengeluaran kereta hibrid atau elektrik.
 
"Ia agak mahal untuk membina kereta jenis terbabit dan kami tidak mempunyai teknologi dan fasiliti penyelidikan serta pembangunan mengenainya," katanya. Hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Corporation, Datuk Syed Hisyam Syed Wazir.
Sementara itu, di bawah MoU berkenaan Perodua membeli 25.6 hektar tanah di Serendah daripada UMW Corporation bernilai RM16.7 juta bagi pembinaan fasiliti baru dan untuk pengembangan prasarana sedia ada.
 
Fasiliti terbabit adalah masjid, pusat penjagaan kanak-kanak, mini gimnasium, lapangan letak kereta tambahan dan prasarana utiliti.
Sorry, gambar belum ada.


Terima kasih kerana membaca GAMBAR - PERODUA KELUARKAN MODEL KERETA SEDAN. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan