Home » » Unittrust Publicmutual : Kes Ina umur 27 tahun akaun 1 rm7500

Unittrust Publicmutual : Kes Ina umur 27 tahun akaun 1 rm7500

Semalam aku terima sms dari Ina:
" maaf menganggu, saya nak tanya tentang public mutual. Umo saya 27 tahun, baki kwsp akaun 1 rm7500. boleh tak keluarkan dan melabur di dalam unit trust publicmutual? "

Macam tu le lebih kurang soalan dari Ina yang d apat no tepon aku dari blog ni. Ok, kalau umur 27 tahun, simpanan asas ialah rm12000 ( simpanan asa telah ditetapkan oleh kwsp ). Jadi pengiraannya ialah:

(baki akaun 1 kswp - simpanan asas )x20/100 = jumlah yang boleh dikeluarkan dr kwsp.

Boleh rujuk ke kwsp di sini.

Dalam kes Ina ni:

rm7500 - rm12000 = -rm 4500 ( negetif ya )

Maknya Ina belum layak lagi untuk melabur ke unit trust publicmutual menggunakan skim kwsp. Paling min Ina kena ada rm 17000 ( untuk umur 27 tahun ) bagi melayakkan Ina melabur dalam unit trust publicmutaul guna skim kwsp. Katakan Ina ada rm17000 dalam akaun 1 kwsp:

(rm17000-rm12000)x20/100 = rm1000 ( jumlah min yang dibenarkan untuk melabur dalam unit trust publicmutual.

Jadi Ina kena tunggu jumlah akaun 1 meningkat dulu, dan nanti kita kira kemudian.


Terima kasih kerana membaca Unittrust Publicmutual : Kes Ina umur 27 tahun akaun 1 rm7500. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan