Home » » KESAN FACEBOOK DAN TWITTER DI GUNAKAN SEMASA MEMANDU

KESAN FACEBOOK DAN TWITTER DI GUNAKAN SEMASA MEMANDU

PETALING JAYA: Pihak berkuasa lalu lintas memberi amaran terhadap trend berbahaya di kalangan pemandu Malaysia yang menggunakan facebook, twitter atau memuat naik gambar semasa memandu.
 
Bercakap menggunakan telefon bimbit atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) adalah perkara biasa namun ramai pegguna jalan raya kini mengambil satu lagi tindakan yang boleh membahayakan nyawa mereka serta pengguna jalan raya lain dengan mengakses kepada rangkaian sosial semasa memandu.
Pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan sebanyak 100,143 saman kepada pemandu Malaysia yang ditahan kerana menggunakan telefon bimbit tahun lalu.
 
Sehingga 21 Jun tahun ini, polis telah mengeluarkan 44,688 saman manakala 3,501 dikeluarkan oleh JPJ dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.
Hampir 20 peratus daripada kesalahan tersebut dilakukan di Selangor.
Timbalan Ketua Trafik Persekutuan, Mohd Fuad Abd Latiff, memberi amaran bahawa sebarang bentuk penggunaan telefon bimbit semasa memandu adalah suatu kesalahan.
 
 
"Pengemaskinian akaun facebook dan twitter ketika di jalan raya adalah satu trend baru oleh para pemandu, terutamanya tentang keadaan trafik.
"Mereka mungkin menyangka bahawa mereka sedang melakukan khidmat sosial dengan memaklumkan mengenai keadaan trafik tetapi mereka telah melakukan suatu kesalahan dan meletakkan diri mereka sendiri dan pemandu kenderaan lain dalam bahaya," katanya kepada The Star.
 
Malah ACP Mohd Fuad berkata ada di kalangan pemandu turut menggunakan telefon pintar mereka untuk mengambil dan memuat naik gambar semasa memandu.
Beliau berkata di bawah Seksyen 17A (1) Akta Pengangkutan Jalan, pemilik kenderaan boleh dikenakan denda RM300 jika ditangkap berbuat demikian.
"Ingin saya tekankan betapa bahayanya bagi mana-mana pemandu yang hilang tumpuan ketika memandu kerana ia berpotensi membawa kepada kemalangan maut.
"Pemandu perlu memberi tumpuan penuh bagi mengawal kenderaan mereka kerana kemalangan boleh berlaku dalam tempoh beberapa saat," katanya.
Sementara itu Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Madya Dr Wong Shaw Voon berkata penggunaan telefon pintar untuk mengakses kepada rangkaian sosial adalah lebih berbahaya daripada menghantar SMS.
 
"Akses ke rangkaian sosial atau memuat naik gambar-gambar mengambil sekurang-kurangnya beberapa saat perhatian dari jalan raya, tetapi kemalangan boleh berlaku dalam masa yang kurang daripada sesaat," katanya.


Terima kasih kerana membaca KESAN FACEBOOK DAN TWITTER DI GUNAKAN SEMASA MEMANDU. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan