Home » » 2 Chong Wei Berentap Terbuka Jepun

2 Chong Wei Berentap Terbuka Jepun

KUALA LUMPUR - Pemenang pingat perak Sukan Olimpik London, Datuk Lee Chong Wei mengetuai barisan pemain negara ke peringkat suku akhir Siri Super Jepun 2012 selepas mengalahkan pemain Denmark, Viktor Axelsen di Stadium Nasional Yoyogi semalam.
Chong Wei, yang merupakan pemain pilihan utama kejohanan, hanya memerlukan 26 minit untuk ke suku akhir selepas mencatat kemenangan straight set 21-10, 21-12 seterusnya menentang pemain senegara Chong Wei Feng hari ini.
 
Wei Feng juga tidak menghadapi masalah menjinakkan pemain India, Ajay Jayaram 21-16, 21-16 selepas segar dengan kemenangan ke atas pemain pilihan tuan rumah, Kenichi Tago pada pusingan pembukaan, kelmarin.
Bagaimanapun seorang lagi pemain negara, Liew Daren gagal melakukan kejutan ke atas pemain pilihan kelapan dari Vietnam, Nguyen Tien Minh selepas tewas 21-14, 21-23, 21-16. Turut mencuri tumpuan ialah pemain Thailand yang menewaskan seorang lagi pemain tuan rumah yang juga pilihan keempat kejohanan Sho Sasaki 21-12, 21-12.
 
Sementara itu, pasangan beregu negara, Koo Kien Kiat-Tan Boon Heong yang juga pilihan kedua kejohanan mudah menundukkan pasangan Thailand, Patiphat Chalardchaleam-Nipitphon Puangpuapech, 21-8, 21-7.
Mereka akan berdepan dengan pasangan tuan rumah hari ini, Naoki Kawamae-Shoji Sato yang juga pilihan kelima kejohanan, Naoki dan Shoji mengenepikan rakan senegara, Shohei Hoshino Akira Kobayashi 21-12, 21-8.
 
Gandingan Hoon Thien How -Tan Wee Kiong turut berjaya melangkah ke suku akhir selepas menjinakkan pasangan England, Chris Adcock-Andrew Ellis, 21-11 21-14 dan mereka akan bertemu jaguh tuan rumah di suku akhir Hirokatsu Hashimoto-Noriyasu Hirata.
Tan Wee Kiong juga akan bergandingan bersama Ng Hui Lin di peringkat suku akhir beregu campuran selepas cemerlang mengenepikan pilihan keempat kejohanan Maneepong Jongjit-Savitree Amitrapai, 21-12, 21-15. Mereka akan berdepan pasangan Indonesia, Muhammad Rijal-Liliyana Natsir.
Turut mara bagi beregu campuran ialah Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang mengalahkan pasangan Jepun, Noriyasu Hirata-Miyuki Maeda 21-17, 21-16. Menanti mereka pada perlawanan hari ini ialah satu lagi pasangan Jepun, Kenichi Hayakawa-Misaki Matsutomo.
 
Nasib kurang memberangsangkan buat pemain perseorangan dan beregu wanita, selepas Tee Jing Yee tewas kepada pemain pilihan ketiga dari Thailand, Ratchanok Intanon, 21-11, 21-10 manakala Lydia Cheah kalah kepada pemain tuan rumah, 21-14, 15-21, 21-18 dan beregu pula Ng Hui Lin-Ng Hui Ern kalah 21-17, 27-29, 21-10 kepada pasangan Korea Selatan, Eom Hye Won-Jang Ye Na


Terima kasih kerana membaca 2 Chong Wei Berentap Terbuka Jepun. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan