Home » » 5 ahli ‘Geng Myvi Merlimau’ ditahan

5 ahli ‘Geng Myvi Merlimau’ ditahan

MELAKA — Polis menahan lima anggota Geng Myvi Merlimau yang dipercayai terlibat melakukan kes samun jalanan di sekitar Merlimau di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, kesemua mereka yang berumur antara 16 hingga 22 tahun ditahan pada Jumaat lepas di beberapa lokasi sekitar Melaka termasuk di Pangsapuri Malinja, Bukit Baru; Mahkota Parade, Kandang dan Taman Pertam Jaya.

Beliau berkata, kesemua remaja tersebut dipercayai terlibat dalam empat kes samun pada 17 September lepas melibatkan seorang lelaki tempatan dan tiga lelaki warga asing.
Katanya, suspek yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi menahan mangsa yang ingin ke tempat kerja antara 7.30 hingga 8.00 pagi.

"Mereka kemudian menunjukkan parang kepada mangsa dan merampas apa juga barang berharga selain melakukan kekerasan seperti menumbuk mangsa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.— BERNAMA


Terima kasih kerana membaca 5 ahli ‘Geng Myvi Merlimau’ ditahan. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan