Home » » 5 Buah kereta Honda dilarikan dari bilik pameran Sungai Long

5 Buah kereta Honda dilarikan dari bilik pameran Sungai Long

KAJANG: Dua daripada 15 lelaki yang memecah masuk sebuah pusat pameran kereta di Sungai Long, di sini, awal pagi semalam, berlakon sebagai pengawal keselamatan selepas menawan dua pengawal di situ sebelum melarikan lima kenderaan Honda bernilai lebih RM700,000.
 
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, kumpulan penjenayah terbabit yang merancang rapi kegiatan mereka berpecah kepada tiga kumpulan sebelum masuk dalam premis berkenaan yang baru dibuka awal tahun ini.

 
Sumber polis berkata, selepas masuk dalam premis itu melalui pintu belakang mereka mengikat dua pengawal keselamatan dan memaksa mereka menanggalkan baju seragam.

"Dua daripada penjenayah terbabit memakai seragam itu dan terus ke pondok pengawal keselamatan untuk berpura-pura mengawal pos itu.


Terima kasih kerana membaca 5 Buah kereta Honda dilarikan dari bilik pameran Sungai Long. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan