Home » » Bayar bil air dapat kereta

Bayar bil air dapat kereta

MELAKA: Bayar dan menang! Syarikat Air Melaka Bhd (SAMB) menawarkan hadiah cabutan bertuah bernilai RM100,000 termasuk sebuah kereta kepada pelanggan yang melakukan pembayaran di 20 kaunter syarikat itu di negeri ini.

Bagi memenangi pertandingan ‘Bayar Bil Air di Kaunter SAMB’ itu, pelanggan bagaimanapun perlu mematuhi syarat utama ditetapkan iaitu kekerapan membayar bil di kaunter dan tidak mempunyai akaun tertunggak.

Cabutan pertandingan menerusi pengisian borang penyertaan itu dilakukan empat kali termasuk cabutan utama berupa kereta Proton Saga BLM pada awal tahun depan. Pengurus Kanan Perkhidmatan Korporat SAMB, Muhamad Tumpang berkata, objektif utama penganjuran pertandingan itu bertujuan menggalakkan orang ramai membuat pembayaran di kaunter disediakan pihaknya di setiap daerah.
 
“Kami menyediakan banyak kaunter termasuk pandu lalu di negeri ini bagi memudahkan pelanggan melak ukan pembayaran bil air.,” katanya. Minggu lalu, SAMB melakukan cabutan ketiga dan seramai 10 pemenang bertuah yang hadir di pejabat SAMB di sini, diberikan hadiah membabitkan barangan elektrik dan elektronik. Semua hadiah itu diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), Datuk Teo Yen Hua; Timbalan Pengerusi SAMB, Datuk Rahaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khalid Nasir.


Terima kasih kerana membaca Bayar bil air dapat kereta. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan