Home » » Bayi maut dicampak dari tingkat 3

Bayi maut dicampak dari tingkat 3

Petaling Jaya: Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di tempat letak kereta di Pangsapuri Desa Mentari di sini, semalam, dipercayai dicampak dari tingkat tiga flet itu.

Mayat bayi yang dipercayai baru beberapa jam dilahirkan itu ditemui kira-kira jam 11 pagi oleh seorang penduduk yang berada di kawasan berkenaan sebelum menghubungi polis.
Sempat dimandikan

Di fahamkan, bayi yang ditemui dalam keadaan bogel itu sempat dimandikan terlebih dulu sebelum dicampak sama ada melalui tingkap dapur atau bilik flet berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata bayi itu disahkan mati akibat kecederaan parah di kepala berikutan hentakan kuat.


Terima kasih kerana membaca Bayi maut dicampak dari tingkat 3. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan