Home » » Beli hotel RM24j

Beli hotel RM24j

FELDA Travel Sdn Bhd (Felda Travel), anak syarikat Kumpulan Felda melabur RM24 juta bagi mengambil alih Hotel Seri Costa di Bandar Hilir, Melaka, sekali gus menjadi hotel pertama dimiliki dan diuruskan sendiri syarikat berkenaan dalam usaha memperkembangkan perkhidmatan hospitaliti di Malaysia.
Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad berkata, pengambilalihan hotel tiga bintang pada 1 September lalu yang mempunyai 147 bilik, tiga bilik seminar dan sebuah 'coffee house' itu selaras dengan misi jangka panjang Felda Travel untuk memiliki dan menguruskan hotelnya sendiri bagi merancakkan sektor pelancongan Malaysia.

"Pemilikan hotel ini amat sesuai dan pelaburan di Melaka keputusan tepat dengan mengambil kira popularitinya sebagai negeri pelancongan.
"Kami yakin jumlah pengunjung ke hotel ini dan enam lagi resort milik kumpulan terbabit akan meningkat setiap tahun," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hotel Seri Costa di Melaka, semalam.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Berhad, Datuk Sabri Ahmad dan Pengarah Kementerian Pelancongan Malaysia Melaka, Datuk Lim Chow Beng.

Isa berkata, semua resort Felda Residence ketika ini menerima kunjungan 500, 000 pengunjung setiap tahun dan dengan adanya hotel itu, dijangka bertambah kepada 600,000 pengunjung.
"Status hotel tiga bintang ini dikekalkan kerana kami mahu memberi kemudahan perkhidmatan kepada pengunjung termasuk kakitangan Felda dengan harga berpatutan. Namun, beberapa kerja naik taraf antaranya membabitkan lobi hotel sudah dilakukan," katanya sambil menambah pihaknya juga masih dalam perancangan untuk membangunkan hotel di beberapa kawasan berpotensi antaranya di Sabah dan Kuala Lumpur.

Felda Travel ketika ini turut mengurus enam resort milik Kumpulan Felda iaitu Felda Residence Tekam, Pahang, Felda Residence Hot Spring, Perak, Felda Residence Shabat, Sabah, Felda Residence Tanjung Leman, Johor dan Felda Residence Kuala Terengganu, Terengganu.


Terima kasih kerana membaca Beli hotel RM24j . Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan