Home » » FAM keluar pekeliling haram vuvuzela

FAM keluar pekeliling haram vuvuzela

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghantar surat pekeliling mengikut Perkara 1.20 dan Perkara 4.9.1 kepada setiap persatuan bola sepak negeri dan kelab bagi pengharaman vuvuzela serta alat-alat bunyian yang seumpama dengannya.
Menurut Pengerusi JKPT, Datuk Hamidin Mohd. Amin, ini merupakan peringkat awal bagi melihat sejauh mana pemahaman penonton terhadap amaran pengharaman penggunaan vuvuzela.
 
"JKPT faham bukan mudah buat semua stadium untuk terus menghalang vuvuzela daripada dibawa masuk ke dalam stadium.
"Namun, langkah ini sebagai permulaan kepada semua pihak untuk sedar bahawa penggunaan vuvuzela dan alat-alat yang seumpama dengannya tidak digalakkan dibawa masuk dan kami akan tengok langkah pencegahan yang lebih ketat lagi pada musim depan.
 
"Apa yang mustahak, pihak JKPT telah memberikan amaran dan kita akan tengok sejauh mana kesedaran penonton dan akan menilai tindakan terhadap mereka yang degil, " katanya ketika dihubungi, semalam.


Terima kasih kerana membaca FAM keluar pekeliling haram vuvuzela. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan