Home » » Filem hina Nabi Muhammad terus dikecam

Filem hina Nabi Muhammad terus dikecam

Tehran: Pelbagai pihak termasuk pemimpin agama dan kerajaan beberapa negara terus mengecam filem menghina Nabi Muhammad yang diterbitkan di California dan dipromosikan oleh aktivis Kristian Mesir yang anti-Islam di Amerika.

Petikan filem berkenaan yang dialih bahasa ke bahasa Arab disifatkan sebagai menjijikkan yang mencetuskan bantahan anti-Amerika Syarikat di Libya dan Mesir.
Republik Islam Iran mengutuk keras penghinaan kepada kesucian Islam dan bersimpati dengan rasa tersinggung umat Islam. Sikap berdiam diri kerajaan Amerika ke atas tindakan menjijikkan itu adalah alasan ia terus berlaku.

Amerika bertanggungjawab menghentikan aliran membahayakan dalam menyebarkan penghinaan kepada kesucian Islam, kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Ramin Mehmanparast, dalam satu kenyataan.

Tidak rujuk serangan konsulat

Beliau tidak merujuk kepada serangan ke atas konsulat Amerika di Mesir dan Libya dalam kenyataannya.

Duta Amerika Syarikat ke Libya, Chris Stevens, dan tiga pegawai negara itu maut apabila penunjuk perasaan menyerang konsulat Amerika di bandar raya Benghazi bagi membantah filem berkenaan.
Filem berkenaan dihasilkan rakyat Amerika-Israel yang menyifatkan Islam sebagai barah dan menggambarkan Nabi Muhammad tidur dengan ramai wanita, lapor akhbar Wall Street Journal.

DI KABUL, kerajaan Afghanistan turut mengutuk keras filem itu.
Republik Islam Afghanistan mengutuk keras tindakan menghina dan tidak berperikemanusiaan dan meluahkan rasa jijik dengan penghasilannya, kata kenyataan pejabat presiden Afghanistan.

DI MESIR, penunjuk perasaan memanjat tembok Kedutaan Amerika di Kaherah, dan mengoyak serta menggantikan bendera Amerika dengan sepanduk Islam.
AFP


Terima kasih kerana membaca Filem hina Nabi Muhammad terus dikecam. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan