Home » » Gaya aneh Lady Gaga

Gaya aneh Lady Gaga

Kalungan bunga kebiasaannya diletakkan di depan pintu sebagai tanda berduka atau sedang meraikan kebahagiaan, tetapi lain pula halnya dengan Lady Gaga apabila penyanyi terkenal itu meletakkan hiasan berkenaan di sekeliling wajah.

Gaya terbaru artis yang sememangnya suka tampil unik, walau kerap kali tampak pelik dapat dilihat ketika dia duduk di barisan hadapan majlis Royal Courts of Justice di London, minggu lalu.
Seperti biasa, si pemilik nama Stefani Joanne Angelina Germanotta, 26, yang juga komposer itu berjaya menarik perhatian hadirin berbanding peragawati yang sedang berjalan di pentas peragaan.

Mana tidaknya, bersama gaun kembang baldu hijau tua yang diacu but rona senada, fesyen topi merangkap penutup wajah ditambah gaya yakin diri umpama besi berani yang membuatkan mata hadirin tertancap.

Fesyen pelik

Apa pun, kalungan bunga warna-warni ini bukan kostumnya yang paling pelik kerana sebelum ini pun, wanita yang mendapat jolokan Mother Monster itu pernah dilihat memakai topi seakan sama, cuma bezanya ia kalungan berbulu bagai singa jantan.

Boleh dikatakan, keseluruhan fesyen Lady Gaga dari hujung rambut ke hujung kaki serba pelik, malah bukan sekali dua dia bergambar hampir bogel apabila bahagian sensitif cuma ditampal cebisan akhbar, dililit tali, patung mini lelaki atau sekadar diletak zip.
Soal berpakaian pula, itu pun jika boleh disebut pakaian, sila senaraikan apa yang belum pernah digayakan.

Pernah terjatuh Dari semata-mata coli, jaket tanpa berbaju dalam, patung katak The Kermit (rekaan Jean Charles de Castelbajac) hingga gaun daging segar, semuanya sudah dicuba Gaga.

Kasut baji lebih lima inci juga antara pelengkap gaya penyanyi lagu Born This Way itu biarpun pernah terjatuh di khalayak ramai, gara-gara sepatu tinggi luar biasa, Gaga tidak pernah serik.

Berbalik kepada kehadirannya pada minggu fesyen itu, selain duduk di barisan depan, dia turut memanaskan pentas dengan persalinan merah jambu terang ketika mengundang pereka yang kerap menghasilkan topi untuknya serta bangsawan Inggeris, Philip Treacy.

Agaknya siapa yang paling menyerlah pada minggu fesyen itu? Gaga dengan fesyen anehnya atau model yang mengenakan persalinan sentuhan Philip?


Terima kasih kerana membaca Gaya aneh Lady Gaga. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan