Home » » Kamera Nikon D4, D800 menang anugerah Foto EISA

Kamera Nikon D4, D800 menang anugerah Foto EISA

KUALA LUMPUR: Kamera SLR-digital format FX Nikon D4 dan D800, memenangi anugerah Foto Persatuan Imej dan Bunyi Eropah (EISA).

D4 menerima anugerah Kamera Profesional Terbaik Eropah 2012-2013 dan D800, mengungguli anugerah Kamera Terbaik Eropah 2012-2013.
Nikon D4 (yang diumumkan pada Januari 2012) ialah kamera siri terbaru Kamera SLR digital Nikon.

Ia dilengkapi format baharu pengesan imej CMOS saiz imej (36.0 × 23.9 mm) Nikon FX dan EXPEED 3, enjin pemprosesan imej terkini Nikon.

Ciri ini membolehkan kualiti imej yang lebih hebat serta prestasi kelajuan tinggi yang cemerlang.

Nikon D800 (yang diumumkan pada Februari 2012) ialah kamera SLR digital dengan kiraan piksel 36.3 juta piksel untuk kualiti imej hebat dengan resolusi dan butiran yang mengagumkan.

Sejak dilancarkan, ia diterima baik oleh juru foto amatur dan profesional. Kamera profesional terbaik tahun ini ialah D4 rangka penuh 16 juta piksel Nikon, yang dipilih atas keupayaannya menawarkan kualiti imej tertinggi termasuk dalam keadaan yang sangat sukar.

Kamera terbaik tahun ini ialah Nikon D800. Pengesan rangka penuh 36 juta
pikselnya menawarkan rakaman resolusi tinggi luar biasa dan menurut ujian majalah EISA, tiada kompromi terhadap kedinamikan julat dan tahap bunyi pada penetapan ISO.

EISA ialah persatuan yang membabitkan 50 majalah peranti mudah alih, foto, video dan teater rumah, yang diterbitkan di Eropah. - BERNAMA


Terima kasih kerana membaca Kamera Nikon D4, D800 menang anugerah Foto EISA. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan