Home » » Kami hanya kawan baik - Zizan

Kami hanya kawan baik - Zizan

SUDAH namanya artis, segala tindak-tanduk yang dilakukan pasti ada sahaja mata yang akan memerhatikan mereka. Selepas itu, pasti ada berita yang kurang elok akan kedengaran dan disebarkan.
Kisah cinta antara Zizan Razak dan pelakon cantik manis, Juliana Evans sudah lama bertebaran di Internet malah di media cetak sekalipun nama pasangan ini semakin hari semakin kerap diperkatakan.
Sebelum ini, mereka berdua pernah dikatakan menjalinkan hubungan cinta lokasi ketika dipertemukan buat pertama kali dalam sebuah filem arahan Ahmad Idham, Hantu Bonceng.
 
Namun begitu, tiada istilah cinta lokasi yang wujud antara mereka. Rapat memang rapat namun jarang ada sesi pertemuan yang dibawa keluar selain di lokasi penggambaran.
Zizan ketika ditanya mengenai perkembangan hubungannya bersama Juliana yang lebih mesra disapa Jue mengambil sikap jujur mengakui bahawa mereka berdua hanya kawan baik sahaja.
Mana ada kami bercinta, kami tidak pernah menjalin hubungan cinta. Tetapi saya akui memang rapat dengan Jue selama ini.
Hubungan kami tetap seperti biasa, tiada yang terlebih serta tiada yang terkurang semuanya biasa sahaja. Saya pelik apabila ada yang mengatakan saya sedang bercinta dengan Jue," ujar Zizan yang kini semakin menjadi pilihan pengarah filem tempatan.
Tambah Zizan, ketika ini Jue juga sedang melanjutkan pelajaran di luar negara dan mereka berdua agak jarang bertemu melainkan berhubung melalui telefon sahaja untuk bertanyakan khabar.
 
Saya sekarang sibuk dengan kerjaya saya manakala Jue pula sibuk dengan pelajarannya. Pada hari raya baru-baru ini, Jue pulang ke tanah air namun saya tidak sempat untuk bertemu dengannya.
Bohong jika saya tidak menghubunginya melalui telefon, dan dengan cara itu sahaja saya dengan Jue berhubung buat masa ini.
Kami berdua memang tiada hubungan istimewa ketika ini, hanya pandangan orang sahaja yang menyatakan kami berdua menjalinkan hubungan cinta," jelas Zizan.
Sekiranya telah ditetapkan jodoh dia bersama Jue sebagai pasangan kekasih selepas ini, jelas Zizan itu semuanya adalah satu rahmat baginya.
Kalau dah jodoh saya bersamanya. Saya akan terima seadanya, maunya tidak terima. Jue tersangat cantik jika nak dibandingkan dengan saya, untunglah saya," jelasnya.
Sebelum ini, Zizan pernah menjalinkan hubungan bersama bintang Akademi Fantasia musim keempat, Leez. Tetapi sudah hampir dua tahun mereka berdua memutuskan hubungan itu.
 
Punca sebenar hubungan mereka menemui titik noktah tidak diketahui umum namun, ramai yang menyatakan puncanya disebabkan oleh Zizan sendiri.
Itu semua adalah ketentuan daripada Allah, bukan salah saya dan bukan juga salah dia. Orang hanya pandai bercakap yang menanggungnya adalah saya.
Biarlah apa mereka nak kata yang penting saya tahu apa yang terbaik untuk diri saya, saya pun dah lali dengan tuduhan yang diberikan terhadap saya selama ini," katanya.
Bukti yang terbaik
 
Dalam pada itu, rancangan realiti lawak terkenal, Maharaja Lawak Mega akan menemui penonton bermula 9 November ini dan pastinya kelibat Zizan dan sahabatnya Johan yang dikenali sebagai Jozan pasti akan menjadi tumpuan utama musim ini.
Jelas Zizan, kali pertama mengetahui tentang perkara ini, dia begitu terkejut dan tidak menyangka dia akan terlibat sama dalam program terbaik saluran Astro Warna itu kali ini.
Saya akan lakukan yang terbaik kali ini, dan saya tidak akan menghampakan semua peminat yang sentiasa memberi sokongan kepada saya selama ini," jelas Zizan.
Sebelum ini, ada desas-desus yang menyatakan dia tidak berpuas hati dengan gabungan antara kumpulan Boboi (Aflin Sauki dan Harun salim Bachik) dan Nabil, jelas Zizan, perkara tersebut tidak pernah terfikir dalam kotak fikirannya.
Saya dah anggap semuanya sebagai adik beradik saya. Saya sebelum ini tidak pernah kata yang saya marah serta tidak berpuas hati dengan gabungan mereka.
Pertandingan ini sebenarnya menuntut kebijaksanaan serta strategi masing-masing dan menang kalah adat pertandingan. Walau apa terjadi dalam pertandingan, persahabatan kami tetap akan terjalin insya-Allah," jelas Zizan.


Terima kasih kerana membaca Kami hanya kawan baik - Zizan. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan