Home » » Kehidupan mewah terbongkar

Kehidupan mewah terbongkar

MUAR 9 Sept. - Misteri kehidupan mewah sepasang suami isteri yang tidak bekerja terbongkar selepas polis menemui makmal memproses dadah dan merampas bahan terlarang tersebut bernilai lebih RM1 juta dalam serbuan di sebuah apartmen mewah di Jalan Junid di sini awal pagi ini.
 
Dalam serbuan kira-kira pukul 6.30 pagi itu, kira-kira 20 anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri dan daerah menemui pelbagai jenis dadah antaranya syabu, heroin, ekstasi dan Eramin 5.
Menurut sumber polis, pihaknya menahan sepasang suami isteri dan seorang lelaki berusia antara 20 hingga 50 tahun di tiga unit apartmen yang disewa oleh pasangan itu.


Terima kasih kerana membaca Kehidupan mewah terbongkar. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan