Home » » Kewangan Islam lebih telus

Kewangan Islam lebih telus

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Kewangan Islam yang memerlukan pendedahan tahap tinggi terhadap sesuatu transaksi menyebabkannya ia kurang terdedah untuk terlibat dalam aktiviti pembiayaan pengganas dan pengubahan wang haram.
 
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, pendedahan tahap tinggi terhadap sesuatu transaksi dalam kewangan Islam yang mengamalkan konsep perkongsian keuntungan menjadikan transaksinya lebih telus.
 
"Oleh itu, ia kurang terdedah kepada pembiayaan keganasan," katanya pada majlis perbincangan meja bulat dengan media mengenai kewangan Islam di sini hari ini.
Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai keperluan menjenamakan semula kewangan Islam memandangkan terdapat pandangan bahawa sistem kewangan tersebut boleh dijadikan sebagai alat membiayai aktiviti pengganas.


Terima kasih kerana membaca Kewangan Islam lebih telus. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan