Home » » Mesej di Twitter: Pengadil Liverpool-MU buat laporan polis

Mesej di Twitter: Pengadil Liverpool-MU buat laporan polis

LONDON: Pengadil Liga Perdana Inggeris, Mark Halsey hari ini membuat laporan polis di Manchester mengenai dua mesej dalam Twitter mengenai pengendalian perlawanan antara Liverpool dan Manchester, Ahad lalu.

Halsey menerima mesej berbaur penghinaan mengenai penyakit barah kerongkong yang dihadapinya apabila United menang 2-1 di Anfield serta penyingkiran pemain Liverpool, Jonjo Shelvey.
Dua mesej dihantar penyokong Liverpool yang tidak berpuas hati dengan pengendalikan perlawanan itu dan disebarkan dalam laman sosial berkenaan.
Salah satu mesej menerusi akaun bernama àjohnwareing1 menyebut: "Saya berharap Mark Halsey mendapat kancer semula dan meninggal dunia".

Manakala satu lagi mesej dari àlfcjohn259 menyebut: "Mark Halsey sepatutnya maut kerana kanser."

Halsey kembali menjadi pengadil pada Mac 2010 dan pegawai dari Professional Game Match Officials Limited (PGMO) dalam satu kenyataan berkata: "PGMO amat memandang berat sebarang 'serangan' tidak bertanggungjawab terhadap pegawai kami sama ada ketika di stadium atau di luar.

"Perkara yang menjadi tumpuan sekarang ialah keselamatan Mark dan keluarganya." - AFP
 
Mark Halsey 


Terima kasih kerana membaca Mesej di Twitter: Pengadil Liverpool-MU buat laporan polis. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan