Home » » Mitos Piala Sultan Selangor

Mitos Piala Sultan Selangor

Shah Alam: Ketika Selangor menjuarai Piala Sultan Selangor edisi ke-4 pada 2005 dan edisi ke-7 pada 2008, tuah seakan-akan memihak kepada Merah Kuning apabila turut layak ke final Piala Malaysia pada kedua-dua tahun berkenaan.

Namun, kekalahan kepada Singapura pada Piala Sultan Selangor 2006, 2007, 2009, 2010 dan 2011 turut memberi petanda buruk kepada Selangor apabila mereka gagal ke pentas Piala Malaysia pada lima tahun berkenaan.
Malam kelmarin, Selangor berjaya merampas semula Piala Sultan Selangor dengan menewaskan Singapura 3-1, sekali gus mencetuskan persoalan sama ada tuah sekali lagi akan memihak kepada mereka untuk mara ke final Piala Malaysia musim ini?

Tidak timbul soal letih

Memang matlamat pihak pengurusan untuk meneruskan Misi 33. Walau bagaimanapun, kami perlu hadapi satu persatu. Pertama, kalahkan Johor FC pada suku akhir kedua (malam esok), kemudian mengatasi sama ada Kelantan atau FELDA United di separuh akhir.

Kemenangan ke atas Singapura ini motivasi terbaik dalam meneruskan rentak kemenangan pada tiga perlawanan seterusnya untuk layak ke final. Harap pemain kekalkan komitmen dan aksi terbaik seperti ini, kata jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim ketika ditemui selepas perlawanan, malam kelmarin.

Selepas ketinggalan menerusi jaringan penyerang veteran Singapura, Aleksandar Duric pada minit ke-23, Selangor bangkit membalas tiga gol hasil sepakan penalti Safiq Rahim (32), Bosko Balaban (54) dan Rozaimi Abd Rahman (88).
Ditanya adakah pemainnya dihimpit masalah keletihan sebelum berdepan Johor FC di Stadium Shah Alam, malam esok, Irfan berkata: Saya rasa tidak. Lagipun hanya Norazlan Razali, Ramez Dayoub, P Gunalan dan Safiq beraksi penuh 90 minit.


Terima kasih kerana membaca Mitos Piala Sultan Selangor. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan