Home » » Netbook 1Malaysia: Jabatan Pelajaran, sekolah pilih penerima

Netbook 1Malaysia: Jabatan Pelajaran, sekolah pilih penerima

JOHOR BAHRU – Proses pemilihan dan pemberian bagi program Netbook 1Malaysia ditentukan Jabatan Pelajaran dan sekolah yang mengenal pasti keperluan penerima, kata Pemangku Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Wilayah Selatan, Mohamed Faiezal Othman.

Beliau berkata, pengagihan netbook atas Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) itu berbeza mengikut negeri.

Menurutnya, 110,285 diperuntukkan bagi negeri Johor sejak program pemberian itu dilancarkan pada 2010.

“Kita memasuki fasa ketiga pengagihan di mana fasa pertama sebanyak 22,500 dan fasa kedua sebanyak 48,585 telah diberikan kepada penerima layak dengan menyasarkan pelajar sekolah.

“Manakala baki 39,200 bagi fasa ketiga ini sedang berjalan dan dijangkakan akan diberikan menjelang akhir tahun ini dengan baki sehingga hari ini (semalam) 22,700 yang belum diedarkan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Mohamed Faeizal berkata, bagi fasa terakhir pemberian netbook ini dipilih oleh Ahli Parlimen kerana ia diagihkan kepada komuniti dengan sasaran 50 peratus isi rumah tangga Malaysia mempunyai akses jalur lebar.

Katanya, SKMM Wilayah Selatan mengakui menerima aduan berbentuk lisan mengenai kerosakan netbook tersebut, namun tiada aduan secara rasmi dibuat kepada pihaknya.

Jelasnya, sebarang kerosakan dan masalah berkaitan gajet itu perlu dikemuka kepada pembekal dilantik.

“Setiap netbook yang diberikan dibekalkan dengan jaminan setahun dengan nombor talian hotline tertera di bawah netbook terbabit,” katanya.

Bagi negeri Johor, sebanyak 18 pembekal dilantik mengendalikan pemberian Netbook ini sepanjang tiga tahun program ini dijalankan.


Terima kasih kerana membaca Netbook 1Malaysia: Jabatan Pelajaran, sekolah pilih penerima. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan