Home » » NU timbang fatwa larang ahlinya bayar cukai

NU timbang fatwa larang ahlinya bayar cukai

CIREBON, Jawa Barat 17 Sept. - Organisasi Islam terbesar Indonesia, Nahdlatul Ulama (NU) sedang membuat pertimbangan untuk mengeluarkan fatwa melarang umat Islam terutama ahli-ahlinya daripada membayar cukai kepada pemerintah.
Cadangan mengeluarkan fatwa berkenaan dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan yang memiliki seramai 70 juta ahli itu, sebagai satu langkah yang disifatkan boleh mencegah amalan rasuah yang semakin berleluasa di negara ini.
 
Ancaman memboikot cukai dibahaskan pada Mesyuarat Nasional dan Persidangan NU di sini semalam.
"Membayar cukai sebenarnya tidak wajib dalam Islam, tetapi menjadi wajib kerana kami taat kepada pemerintah. Ia boleh dibayar, dengan syarat pemerintah harus memanfaatkan cukai itu untuk kesejahteraan rakyat," kata Ketua Umum NU, Prof. Dr. Said Aqil Siraj di sini.


Terima kasih kerana membaca NU timbang fatwa larang ahlinya bayar cukai. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan