Home » » Pelajar cemerlang OKU mendaftar di USM

Pelajar cemerlang OKU mendaftar di USM

GEORGE TOWN - Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 peringkat kebangsaan bagi kategori calon istimewa mendaftar di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.

Yeow Ting Fong, 20, merupakan antara 4,285 pelajar baharu USM yang mendaftar.
Penghidap spastik itu akan mengikuti pengajian Sarjana Muda Ekonomi.
Beliau memperoleh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.92 dalam STPM.
 
"Jika mereka boleh berjaya, saya juga boleh. Kejayaan ini juga adalah dorongan dan sokongan yang tidak pernah putus daripada kedua ibu bapa serta guru dan rakan-rakan saya," kata bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Tuah, Bachang, Melaka kepada pemberita apabila ditanya mengenai kejayaannya memasuki USM.


Terima kasih kerana membaca Pelajar cemerlang OKU mendaftar di USM. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan