Home » » Peluru tembusi pipi

Peluru tembusi pipi

 PECAH...satu dari dua kereta milik jiran mangsa yang dirosakkan kumpulan terbabit.
SUNGAI PETANI: “Ketika berlari ke dalam rumah, saya melihat seorang lelaki mengangkat tangan ke arah ibu dan bapa mentua dalam gelap sebelum terdengar dua das tembakan dan mendapati ibu rebah di depan bapa mentua.”
Begitu kata V Devi, 23, menantu K Kalyani, 57, yang terbaring berlumuran darah dan mati di tempat kejadian akibat terkena satu daripada dua das tembakan selepas rumah mereka diserang sekumpulan lelaki di Estet Bukit Lembu, Bukit Selambau, dekat sini, kelmarin.


PECAH...satu dari dua kereta milik jiran mangsa yang dirosakkan kumpulan terbabit.Kejadian berlaku jam 11.45 malam ketika mangsa bersama suami, anak dan beberapa jiran berbual di hadapan rumah apabila sekumpulan 15 hingga 20 lelaki bermotosikal serta kereta muncul di pekarangan rumah berkenaan.

Selepas menetak dua saudara serta anak mangsa yang cuba menghalang, kumpulan bersenjatakan parang dan kayu itu meluru lalu berhenti di hadapan pagar rumah berkenaan.


Secara tiba-tiba seorang daripada suspek melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa dan suaminya yang ketika itu mengarahkan semua anaknya masuk dalam rumah.


Terima kasih kerana membaca Peluru tembusi pipi. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan