Home » » Penduduk Palestin cipta kereta elektrik

Penduduk Palestin cipta kereta elektrik

GAZA CITY 15 Sept. - Gara-gara rakyat Palestin kini menghadapi krisis minyak paling teruk, seorang pemandu teksi di sini mendapat idea untuk mencipta sebuah kereta elektrik.
Munther al-Qassas, 32, berjaya mencipta sebuah kenderaan elektrik dan merancang menggunakannya untuk membawa penumpang di Gaza.
''Kereta yang tidak mempunyai pintu itu mampu membawa dua penumpang di bahagian belakang dan dibina daripada bahan-bahan yang boleh dikitar semula,'' katanya kepada AFP.
Munther berkata, dia mendapat idea itu selepas melihat kesukaran yang dihadapi penduduk Palestin untuk mendapatkan bekalan minyak atau terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk membelinya di pasaran gelap.
Munther mengambil masa beberapa bulan untuk membina kereta tersebut di bengkel yang terletak di atas bumbung rumahnya.
Rangka kereta tersebut diperbuat daripada kayu dan mampu mencapai kelajuan 20 kilometer sejam. - AFP
 
 


Terima kasih kerana membaca Penduduk Palestin cipta kereta elektrik. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan