Home » » Pengasas Juruzon lari ke Melaka, kembangkan ajaran sesat?

Pengasas Juruzon lari ke Melaka, kembangkan ajaran sesat?

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Siasatan polis mendapati pengasas ajaran sesat Juruzon di Madrasah At-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, yang didedahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini telah melarikan diri ke Melaka.

Menurut sumber, lelaki itu bertindak demikian setelah kegiatannya terbongkar ekoran kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 16 pelajar di madrasah tersebut pada 21 Mei tahun lepas.

Katanya, siasatan pihaknya turut mendapati lelaki tersebut telah mengembangkan ajarannya di negeri itu.
"Kita bimbang ada remaja yang menjadi mangsa terlibat dengan ajaran sesat itu. Sehubungan itu, pihak jabatan agama diminta menyiasat dan mengambil tindakan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pada 21 September lalu, Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin berkata, Madrasah At-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat dipercayai menjadi pusat penyebaran ajaran sesat yang dikenali sebagai Juruzon.
Menurutnya, selepas siasatan dilakukan, Juruzon juga telah difatwakan sebagai ajaran sesat di Selangor.
Ajaran sesat Juruzon diambil berdasarkan nama pengasasnya, seorang bekas penuntut ajaran Tarekat Naqshabandiah Khalidiah di Lenggeng, Negeri Sembilan dari 1983 hingga 1994.

Ajaran tersebut mula diperkenalkan di sebuah madrasah pada 1997 dipercayai 'dicipta' untuk memperdaya pengikut-pengikutnya menyerahkan wang zakat 10 hingga 25 peratus daripada gaji masing-masing setiap bulan selain untuk memenuhi nafsunya terhadap remaja lelaki.


Terima kasih kerana membaca Pengasas Juruzon lari ke Melaka, kembangkan ajaran sesat?. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



4 Komen:

  1. http://shafw4n.blogspot.com/2012/10/madrasah-at-taqwa-tidak-sesat.html

    BalasPadam
  2. harap kerajaan ambil tindakan segera...selamatkan anak2 yg dah diracun fikiran mereka..tutup madrasah tu..kembalikan anak2 yg teraniaya tu kepada warisnya..atau tempatkan di rumah kebajikan yg diikhtiraf..

    BalasPadam
  3. jadi pengajaran kepada semua, teliti masa depan anak2 dgn baik, silap langkah, anak2 jadi mangsa.

    BalasPadam