Home » » Perjuangan Kelantan berakhir

Perjuangan Kelantan berakhir

KOTA BHARU - Perjuangan Kelantan dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berakhir setelah seri 1-1 dengan juara Iraq, Arbil FC pada suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi.
 
Keputusan itu bermakna Red Warriors kalah dengan agregat 2-6 selepas tunduk 1-5 pada suku akhir pertama di padang lawan sebelum ini.
Pada aksi semalam, meskipun palang gol tuan rumah bergegar seawal minit pertama, anak buah Bojan Hodak menunjukkan aksi memberangsangkan dengan menguasai keseluruhan permainan babak pertama.
Kelantan hampir menjaringkan gol pada minit ke 23 namun kecekapan penjaga gol pelawat, Jalal Hassan Hachim berjaya menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi.
 
Peluang gol Kelantan muncul lagi pada minit ke 27 melalui Mohd. Nor Farhan namun rembatan jarak jauh pemain sayap itu hanya sekadar singgah di palang gol.
Arbil akhirnya mendahului pada minit ke-37 melalui sensasi import mereka, Sula Matuvo dalam satu serangan balas pantas.
Red Warriors meningkatkan tempoh permainan untuk memburu gol namun beberapa peluang keemasan yang diperolehi gagal diterjemah kepada jaringan.
Indra Putra Mahyuddin sepatutnya boleh melakukan lebih baik ketika gawang gol ternganga di depannya ,namun tandukannya pada minit ke 54 tepat ke dakapan penjaga gol.
 
Kemasukan penyerang import Kelantan, Mohd. Ghaddar menyelamatkan maruah tuan rumah daripada kalah pertama kali di padang sendiri musim ini, apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit terakhir permainan.


Terima kasih kerana membaca Perjuangan Kelantan berakhir. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan