Home » » Rezeki Asmidar

Rezeki Asmidar

SUDAH rezeki Asmidar diberi peluang mengadakan persembahan di depan Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan isteri, Catherine atau Kate Middleton pada majlis santapan diraja di Istana Negara, Kuala Lumpur sempena lawatan pasangan Diraja England itu ke Malaysia, minggu lalu.

Walau hanya mendendangkan sebuah lagu, Dirgahayu Tuanku, kenangan itu masih segar dalam ingatannya apatah lagi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah Hamidun mencemar duli menghadiri acara itu, selain ramai pembesar negara.
Syukur tak gugup

Menerima undangan sehari sebelum majlis berlangsung, Asmidar atau nama sebenar Norasmidar Ahmad, 26, memberitahu HIP, dirinya cukup teruja dan pada masa sama, diburu rasa gementar memikirkan bakal menyanyi di depan pewaris takhta Britain dan Yang di-Pertuan Agong.

“Sebelum ini, saya pernah menyanyi untuk majlis santapan, cuma perasaan kali ini lebih berdebar kerana akan beraksi di depan tetamu kehormat yang sememangnya ditunggu-tunggu kehadirannya.

“Saya juga cuak kerana hanya ada sehari untuk berlatih. Namun, saya membulatkan tekad menyahut cabaran ini disebabkan peluang begini mungkin datang sekali seumur hidup. Syukur saya tidak gugup sebaik menyampaikan lagu,” katanya yang diundang bersama penyanyi senior, Datuk Sheila Majid dan Anuar Zain membuat persembahan eksklusif itu.

pix_gal0

Promosi album baru melalui internet
Akui juara Vokal Bukan Sekadar Rupa musim pertama ini, sebagai muka baru di arena seni, pelawaan itu dianggap suatu penghormatan berikutan ramai lagi penyanyi lain boleh berkongsi pentas sama.

Baginya, lagu Dirgahayu Tuanku cukup unik dan kental nilai keasliannya walaupun terselit elemen kontemporari.

“Cabarannya tentu faktor masa, selain kali pertama saya membawakan lagu itu.

“Jadi, sebaik menerima pelawaan, saya terus berlatih menghafal. Malah sambil disolek ,saya tetap berlatih berulang kali,” katanya yang bernaung di bawah Warner Music ini.

Bakal muncul dengan album sulung tidak lama lagi, Asmidar menggunakan landasan teknologi maya untuk mempromosikannya supaya hebahannya lebih menyeluruh.

Sedia bertemu peminat

Jarang muncul di dada majalah atau akhbar bukan bermakna dia memperlahankan langkah sebaliknya menggunakan alternatif teknologi di hujung jari mengikuti langkah ramai lagi rakan seperjuangan lain.

Enggan mengharapkan tuah Biar Sampai Ke Bintang yang melonjakkan namanya atau bergantung kepada syarikat rakaman semata-mata, Asmidar tidak kisah turun padang ke mana-mana lokasi demi bertemu peminat.


Terima kasih kerana membaca Rezeki Asmidar. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan