Home » » Sejarah penubuhan kosmetik antarabangsa

Sejarah penubuhan kosmetik antarabangsa



ANTARA lakaran sejarah Shiseido selama 140 tahun ini:

  • Shiseido bermula pada 1872 oleh pengasasnya, Arinobu Fukuhara. Arinobu yang menerima pendidikan perubatan Barat dan ahli farmasi terlatih membuka farmasi ala barat yang pertama di Jepun.

  • Sebelum syarikat terbabit mengeluarkan produk kecantikan, antara keluarannya termasuk produk rambut, gula-gula penghadaman, penyegar bau mulut, pil beri-beri (dianggap pil vitamin pertama di Jepun) serta ubat gigi.

  • Presiden pertama Shiseido iaitu anak lelaki Arinobu, Shinzo Fukuhara, kembali ke Tokyo pada 1915 (sekembalinya dari Amerika Syarikat dan Perancis) lantas mengubah Shiseido daripada farmasi ala barat kepada syarikat gergasi kosmetik sepenuhnya.

  • Usaha pertama syarikat dalam industri kosmetik adalah menerusi pegenalan losen melembutkan kulit, Eudermine pada 1887.

  • Hanatsubaki ialah minyak rambut yang dicipta syarikat terbabit untuk mengekalkan gaya rambut ala barat yang popular pada awal abad ke-20. Ia mengandungi minyak daripada bunga camellia asli sebagai bahan utamanya. Kepopularan produk itu mencetus ilham untuk mencipta logo korporat Shiseido daripada bunga camellia.

  • Shinzo memperkenalkan konsep penyelidikan dan pembangunan dalam syarikat. Bilik Pengujian dibina pada 1916 yang kemudiannya memenjadi Jabatan Penyelidikan. Pusat Penyelidikan Kimia Shiseido pula siap pada 1939.
    Ia kemudian menjadi makmal yang diperluaskan kepada institut penyelidikan kimia dan kini dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Shiseido.

  • Konsep pencerahan kulit diperkenalkan jenama ini sejak 1917 dengan pengenalan produk penyegar kulit, Hydrogen Peroxide Cucumber.

  • Bedak muka Rainbow turut diperkenalkan pada 1917 ketika wanita Jepun rata-rata hanya mengenakan bedak muka berwarna putih. Bedak muka tujuh warna ini dianggap perubahan besar apabila sebelum itu, ramai menganggap kulit yang cantik hanyalah kulit putih melepak bak porselin.

  • Menjelang 1918, Shiseido mempunyai 21 minyak wangi di pasaran. Pakar sejarah menganggap produk berkenaan sebagai minyak wangi tulen pertama Jepun yang mana kebanyakan minyak wangi ini dinamakan sempena bunga yang mencipta harumannya.

  • Gaya rambut mimikakushi bermaksud ‘menutupi telinga’ popular di tahun 1920-an. Menerusi popularitinya di Amerika Syarikat (AS), Shinzo membawakan pendandan rambut dari AS, Helen Grossman, untuk bekerja di salon dandanan rambut Shiseido sekali gus memperluaskan gaya mimikakushi di kalangan wanita Jepun.

  • Pada 1923, lama sebelum bahaya mengenai bahaya kulit terdedah kepada cahaya matahari diketahui umum, Uviolin dicipta iaitu produk perlindungan cahaya matahari pertama yang muncul di pasaran Jepun.

  • Pada 1934, sembilan wanita dipilih sebagai Miss Shiseido. Mereka mengembara seluruh Jepun untuk memberikan demonstrasi dan perundingan kecantikan. Kemudian program ini dihentikan selama beberapa tahun sebelum ia dimulakan semula pada 1948. Kali ini, mereka dikenali sebagai Perunding Kecantikan.

  • Pakaian seragam untuk Miss Shiseido dan Perunding Kecantikan juga berubah dengan rekaannya menggambarkan trend semasa setiap era.

  • MG5 ialah rangkaian penuh produk lelaki. Produk pertamanya untuk lelaki diperkenalkan pada 1959 dan menjelang 1967, rangkaian MG5 yang baru termasuk produk penjagaan rambut, penjagaan kulit dan haruman.

  • Pejabat Shiseido pertama dibuka di luar Jepun ialah Taiwan pada 1957. Ini diikuti oleh Hawaii (1962), Amerika Syarikat (1965) dan Itali (1968).

    Perancis pula diterokai jenama ini pada 1980, setahun kemudian di Beijing, China dan kini Shiseido berada di 88 negara.


  • Terima kasih kerana membaca Sejarah penubuhan kosmetik antarabangsa . Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

    « Previous
    « Prev Post
    Next »
    Next Post »

    Tips Berkaitan



    0 Komen:

    Catat Ulasan