Home » » Selangor, Pahang langkah kanan

Selangor, Pahang langkah kanan

JUARA 32 kali, Selangor mendapat bekalan selesa selepas mudah menewaskan Johor FC 3-1 pada perlawanan suku akhir pertama pertandingan Piala Malaysia di Stadium Pasir Gudang, Johor malam tadi.
Kemenangan itu hadir menerusi jaringan Safiq Rahim, Mohd. Bunyamin Umar dan Mohd. Amri Yahyah, sekali gus meletakkan skuad Gergasi Merah semakin menghampiri slot ke separuh akhir.
Beraksi di gelanggang lawan nyata tidak menjadi penghalang buat skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim untuk mempamerkan aksi cemerlang apabila menguasai sebahagian besar perlawanan tersebut.
Beraksi di babak pertama, Safiq membuka jaringan seawal minit ke-11 menerusi sepakan percuma sebelum Selangor terus mengukuhkan kedudukan apabila tonggak pertahanan Gergasi Merah, Bunyamin menggandakan kedudukan pasukan pelawat pada minit ke-20.

Selang empat minit kemudian, penyerang sensasi Gergasi Merah, Amri memastikan Selangor mendahului tiga gol di depan se- lepas memanfaatkan kesilapan penjaga gol Johor FC, Zamir Selamat yang gagal mendakap kemas percubaan Amri.
Jaringan tersebut merupakan gol kelima Amri pada kempen Piala Malaysia musim ini selepas kembali bersama Selangor sebaik tamat tempoh penggantungan tiga perlawanan.
Bersambung babak kedua, Johor FC tampil dengan corak agresif dan berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi Mohd. Akmal Mohd. Nor pada minit ke-52.

Begitupun, kemenangan Gergasi Merah dibayar dengan harga yang begitu tinggi apabila Bunyamin dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit ke- 65 selepas dia bertindak kasar ke atas pemain lawan.
Meskipun beraksi dengan 10 pemain, Johor FC masih gagal untuk menembusi benteng pertahanan Selangor dan keputusan 3-1 kekal hingga tamat perlawa- nan.
Sementara itu, di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas lawan dari Singa- pura, Lions XII.

Seperti yang diramalkan, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi bertenaga sehingga penyerang Pahang, Mohd. Fauzi Roslan membuka jaringan pertama seawal minit ke-10.
Lions XII kembali menjadikan kedudukan 1-1 apabila kapten Tok Gajah, Jalaluddin Jaafar menjaringkan gol sendiri pada minit ke-20.
Kedua-dua pasukan terdesak untuk memburu gol kemenangan tetapi perancang Tok Gajah, Hafiz Kamal memastikan kemenangan menjadi milik Pahang apabila dia memperoleh gol kedua pada minit ke-76.


Terima kasih kerana membaca Selangor, Pahang langkah kanan. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan