Home » » Siti, Datuk K terima menantu

Siti, Datuk K terima menantu

SYAWAL sudah pun berakhir, tetapi malam esok, Khamis, semua rakan media tempatan dijemput ke majlis santai di kediaman Datuk Siti Nurhaliza di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.
Nak dikatakan rumah terbuka Syawal ‘belated’ pun tidak juga kerana kalau tak salah SS, Siti dan Datuk K (Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa) sudah pun mengadakan rumah terbuka pada hari raya pertama lalu kerana tahun ini mereka cuma berhari raya di Kuala Lumpur saja.


Lalu rakan-rakan SS yang turut mendapat undangan ke majlis esok tertanya-tanya apakah tujuan sebenar majlis itu diadakan.

Adakah Siti ingin mengumumkan yang dia sudah berbadan dua? Maklum sajalah itulah berita yang sangat dinantikan oleh rakan-rakan media dan semua peminat.

Siapa nak tahu, mungkin rezeki Siti untuk menimang anak dimakbulkan Tuhan dan demi untuk berlaku adil kepada semua pihak, Siti mahu mengumumkannya sendiri pada satu majlis khas seperti mana esok.

Atau mungkin satu lagi sebab kerana semalam terdengar khabar gembira mengatakan keluarga Siti dan Datuk K sedang membuat persiapan bagi menyambut menantu tidak lama lagi. Wah, memang menarik tu!

Sumber yang rapat dengan keluarga mereka memberitahu rakan SS semalam, anak sulung Datuk K iaitu Anas Zawawi, 25, akan melangsungkan perkahwinan dengan anak seorang VVIP pada Disember nanti di Kuala Lumpur.

Untuk itu, ucapan tahniah SS berikan buat Siti, Datuk K dan Anas serta keluarga di sebelah perempuan atas berita yang cukup menggembirakan itu.

Khabarnya, Anas mengenali gadis yang bijak dan cantik itu ketika mereka sama-sama menuntut di Australia dulu. Sekarang Anas sudah menamatkan pengajian dan kembali ke Malaysia untuk bertugas.

Dengar kata juga, majlis perkahwinan mereka akan berlangsung dengan meriah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Tentunya ia akan dihadiri ramai wakil kenamaan negara termasuk juga menteri kabinet.

Baguslah, SS harap, rakan media akan bertanyakan lebih lanjut mengenai perkara ini kepada Siti dan Datuk K sendiri malam esok dan sama-sama kita ikuti perkembangan seterusnya.


Terima kasih kerana membaca Siti, Datuk K terima menantu. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan