Home » » Terengganu negeri terbaik UPSR Ke-12

Terengganu negeri terbaik UPSR Ke-12

KUALA TERENGGANU — Kerajaan negeri Terengganu yakin dapat mempertahankan kedudukannya sebagai negeri terbaik dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) buat kali ke-12 berturut-turut pada tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, keyakinan itu berdasarkan peningkatan penglibatan komuniti setempat bersama guru dan murid.
"Istimewanya di Terengganu, banyak sekolah yang menyediakan makan minum secara percuma kepada murid sepanjang UPSR berjalan, ini membuktikan betapa prihatinnya pengurusan sekolah dalam memastikan kebajikan murid terjaga.
 
"Inisiatif yang diambil oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ini adalah sebahagian contoh betapa pendidikan kini menjadi tangungjawab semua pihak, selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Terengganu sebagai kuasa baharu dunia pendidikan tanah air," katanya di sini hari ini.
Penyediaan makanan berkhasiat secara percuma itu adalah untuk memastikan murid kekal bertenaga sepanjang menjawab soalan dengan nutrien penting, sebagai satu usaha PIBG untuk persediaan fizikal murid. - BERNAMA


Terima kasih kerana membaca Terengganu negeri terbaik UPSR Ke-12. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan