Home » » Tomok Rasa Bertuah Isteri Bantu Soal Penampilan

Tomok Rasa Bertuah Isteri Bantu Soal Penampilan

Penyanyi Tomok berkata dia berasa bertuah kerana isterinya Rahayu Abbas (Ayu) banyak memberikan bimbingan dan pandangan berkaitan imej dan penampilannya sebagai selebriti.
Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 28, berkata, imej kontemporari dan keremajaan yang diperagakan itu banyak dibantu isterinya yang menekankan soal penampilan terutamanya bagi persembahan pentas dan sesi fotografi bersama media.
"Penampilan saya yang mengikut trend dan keremajaan ini banyak dipengaruhi oleh isteri saya, Ayu. Saya cukup bertuah kerana Ayu banyak memberikan tip, pandangan dan teguran mengenai penampilan saya.
"Pendek kata, dia memang menitikberatkan apa yang saya pakai terutamanya bagi urusan kerja. Sebagai selebriti, aspek penampilan harus mengikut kesesuaian dan trend semasa agar kita nampak relevan dan mengikuti perkembangan," katanya.
Tomok berkata demikian pada majlis rumah terbuka dan cukur jambul anaknya, Arrianshah Akid, tiga bulan setengah, di kediaman ibu bapanya di Alam Damai, Cheras di sini, petang Ahad.

Tomok bersama isterinya Ayu dan anak mereka Arrianshah Akid pada majlis cukur jambul dan rumah terbuka Aidilfitri di Alam Damai, Cheras di sini, petang Ahad.
Mengenai keluarganya, bekas vokalis kumpulan New Boyz ini berkata, kehadiran anak lelaki itu bagaikan satu rahmat yang melengkapi keluarganya dan mengubah sikap dan pemikirannya.
"Arrian banyak mengubah hidup saya. Dia menjadikan saya lebih matang dan berfikiran jauh mengenai masa depan kami sekeluarga.
"Saya berasa sejuk hati dan lapang dada apabila lihat dia tergelak dan bergurau setiap kali pulang dari kerja. Kehidupan saya sekarang begitu dirahmati," katanya.
Ditanya mengenai majlis yang julung kali diadakan itu, Tomok berkata, dia berbesar hati menerima kunjungan kira-kira 500 tetamu pada acara yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 6 petang itu.
"Saya tidak sangka akan menerima kunjungan tetamu seramai ini. Walaupun tidak menang tangan, saya berbesar hati kerana dapat berkongsi rezeki dan meraikan ahli keluarga, rakan-rakan dan para peminat yang menyokong saya selama 13 tahun," katanya.
Antara rakan artis yang hadir adalah Zul Yahya, Usop Wilcha, Fara Fauzana, Edry Abdul Halim dan kumpulan Sofazr.
Terbaru, Tomok bakal muncul dengan filem kedua lakonannya berjudul Istanbul Aku Datangdi samping Lisa Surihani dan Beto Kusyairi.
Filem arahan Bernard Chauly itu akan ditayangkan pada 8 November depan.


Terima kasih kerana membaca Tomok Rasa Bertuah Isteri Bantu Soal Penampilan . Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan