Home » » Tune Hotels rai ulang tahun ke-5 dengan tawaran bilik serendah RM0.05 sen

Tune Hotels rai ulang tahun ke-5 dengan tawaran bilik serendah RM0.05 sen

 KUALA LUMPUR - Tune Hotels meraikan ulang tahun kelimanya dengan tawaran jualan bilik daripada serendah RM0.05 sen, 5,000 Rupiah Indonesia, lima Baht Thai, lima Peso Filipina dan 25 Pound British semalam.
  
Tempahan dibuka mulai hari ini hingga 26 Sept bagi tempoh penginapan dari 1 Jun hingga 30 Sept, 2013.
  
Mark Lankester, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Hotels berkata:“Semasa kami melancarkan kali pertama jenama Tune Hotel, pada 2007, hasrat kami adalah untuk mewujudkan platform bagi tetamu untuk menginap di seluruh dunia pada harga mampu milik dan menikmati pengalaman hebat yang konsisten di mana sahaja mereka pergi.
  
"Kini, di tahun kelima operasi kami, kami telah berada di lima negara - Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan UK, dengan 25 hotel dan ia memberi prospek baik kepada objektif kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
  
Beliau berkata keupayaan untuk melancong dan peluang mendapatkan tempat penginapan mampu milik di destinasi utama seperti Bali, London, Bangkok, Jakarta, Manila dan Kuala Lumpur kini menjadi satu realiti.
Tune Hotels   
Tune Hotels akan mengembangkan lagi operasi ke destinasi baharu dalam tempoh beberapa bulan akan datang iaitu di Edinburgh Scotland, Ahmedabad India, Melbourne Australia dan banyak lagi tempat di rantau Asean, katanya.
  
Jenama Tune Hotel melonjak naik sejak 2007 di tengah-tengah landskap perjalanan dinamik internet global dengan mengguna pakai sistem tempahan dalam talian berasaskan web, menggalakkan pelanggan merancang terlebih dahulu dan menempah lebih awal bagi menikmati kadar bilik pada harga rendah dan fleksibiliti untuk menyesuaikan kemudahan penginapan mereka semasa menginap. - Bernama


Terima kasih kerana membaca Tune Hotels rai ulang tahun ke-5 dengan tawaran bilik serendah RM0.05 sen. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan