Home » » UM terus guna kaedah e-undi

UM terus guna kaedah e-undi

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Proses Pilihan Raya Kampus Universiti Malaya (UM) di semua 18 pusat pengundian esok akan terus menggunakan kaedah e-Undi.
UM dalam kenyataannya berkata, ia merupakan tahun ketiga kaedah itu dipraktikkan bagi memudahkan mahasiswa menjalankan tanggungjawab mereka memilih barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti tersebut.
 
"Seramai 22,882 mahasiswa dijangka turun mengundi esok dan keputusan akan diumumkan oleh Naib Canselor, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon selepas keputusan dimuktamadkan kira-kira pukul 6.30 petang," kata kenyataan itu di sini hari ini.


Terima kasih kerana membaca UM terus guna kaedah e-undi. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan