Home » » Umat Islam tidak perlu bertindak agresif - Fathul Bari

Umat Islam tidak perlu bertindak agresif - Fathul Bari

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Umat Islam diingatkan supaya mengikut lunas-lunas syarak ketika membuat bantahan terhadap filem anti-Islam, Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad dan agama Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, mereka tidak perlu terlalu mengikut emosi dan bertindak secara keterlaluan.
 
"Bukan bererti kita tidak perlu bertindak, kita memang perlu marah tetapi perlu ada garis panduan dan tidak sewenang-wenangnya. Kita juga jangan terlalu bertindak mengikut emosi serta sesuka hati.
"Pihak berwajib juga harus memberikan jawapan satu persatu secara ilmiah dengan berlandaskan syarak dalam isu ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Terima kasih kerana membaca Umat Islam tidak perlu bertindak agresif - Fathul Bari. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan