Home » » Wanita Campak Anak Terima Padah

Wanita Campak Anak Terima Padah

PETALING JAYA – Seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi yang ditemui mati di Blok 1, Desa Mentari kelmarin ditahan reman sehingga 23 September ini bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, wanita berusia 21 tahun itu ditahan dalam rumah di situ dan dipercayai baru melahirkan bayi perempuan yang cukup sifat itu.
Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang tinggal bersama keluarganya.
"Siasatan awal mendapati suspek belum berkahwin dan keluarga tidak mengetahui mengenai kandungannya.
"Kita percaya bayi itu masih hidup sebelum dia dicampak dan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala," katanya.
Beliau berkata, bayi yang masih bertali pusat itu dicampak dari tingkat tiga melalui bahagian dapur rumah suspek.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
 
 
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, seorang penduduk terkejut apabila menemui mayat seorang bayi perempuan ketika sedang membaiki motosikal di kawasan tempat letak kereta pangsapuri terbabit.
Penduduk terbabit menyedari ada bunyi benda jatuh namun tidak menyangka 'benda' itu adalah bayi yang dicampak dari bangunan tempat tinggalnya.
Mayat bayi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan siasatan dijalankan menjurus pelbagai aspek termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian. - SinarHarian


Terima kasih kerana membaca Wanita Campak Anak Terima Padah . Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan