Home » » WiFi Celcom di kopitiam

WiFi Celcom di kopitiam

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) melancarkan perkhidmatan capaian Internet tanpa wayar (WiFi) di kedai kopi Cina atau lebih dikenali sebagai kopitiam di seluruh Malaysia menjelang akhir bulan ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, menerusi kemudahan itu, pengusaha kopitiam akan dibekalkan dengan peranti mobiliti PortaWiFi untuk sokongan capaian data Wi-Fi Hotpot berkelajuan sehingga 21Mbps.

"Kemudahan ini bakal menyediakan pelanggan kopitiam dengan akses Internet segera terpantas dalam wilayah Celcom.
"Sebagai permulaan, kopitiam terpilih akan mengaplikasi PortaWiFi secara percuma selama tiga bulan sebelum Celcom memperkenalkan pakej langganan perkhidmatan data khusus untuk peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sedikit masa lagi," katanya selepas sidang media pelancaran servis itu di Kuala Lumpur, semalam.

Perasmiannya disempurnakan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Hadir sama, Presiden Celcom Axiata Berhad, Datuk Seri Jamaludin Ibrahim.


Terima kasih kerana membaca WiFi Celcom di kopitiam. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan