Home » » Pelanggan Tesco cecah 65 juta

Pelanggan Tesco cecah 65 juta

TESCO Stores (Malaysia) Sdn Bhd sebagai salah satu peruncit moden menyediakan platform kepada pengeluar tempatan Malaysia untuk terus membangun dan mengembangkan perniagaan mereka.

Sehingga kini, Tesco merekodkan kunjungan pelanggan sehingga 65 juta di semua cawangan seluruh dunia secara mingguan.

Pengarah Penyumberan Antarabangsa Tesco, Christophe Roussel berkata, kolaborasi bersama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dapat membantu pengeluar tempatan dan jenama Malaysia mendapat pendedahan lebih besar di peringkat antarabangsa.

"Tesco telah berkembang positif di Malaysia sejak sedekad lalu dan menjadi hubungan saling menguntungkan malah syarikat ingin terus menambah nilai dengan membantu mengembangkan produk tempatan.

"Menerusi program 'Pemadanan Perniagaan' sebelum ini menyaksikan lebih 30 pengeluar tempatan bertemu dengan Pengurus Kategori Tesco dan pelanggan melalui sesi padanan perniagaan," katanya.

Roussel berkata, peluang membekalkan produk kepada Tesco pasti menjadi langkah positif kepada pengeluar Malaysia yang sememangnya bergerak lebih dekat kepada pelaksanaan ekonomi bersepadu rantau Asean.

Katanya, pelancaran 'Taste of Malaysia' di Shanghai awal tahun ini menjadi inisiatif membantu meningkatkan pengantarabangsaan produk Malaysia khususnya yang dihasilkan perindustrian kecil dan sederhana (PKS) dari rumah.

"Lebih 100 produk makanan dan minuman dipamerkan di Shanghai, sekali gus mengetengahkan beberapa jenama membabitkan 25 pembekal, termasuk Hang Tuah, Agromas dan Pertima.

"Pengeluar yang ingin membekalkan produk kepada Tesco akan diberi bimbingan melalui bengkel anjuran syarikat bagi mengekalkan standard pada etika yang tinggi, kesihatan dan keselamatan dan kualiti produk yang baik," katanya.


Terima kasih kerana membaca Pelanggan Tesco cecah 65 juta. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan