Home » » Raja, rasional sikit!

Raja, rasional sikit!

Bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Hassan (kiri) berpendapat pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal wajar 'melepaskan lima pemain Harimau Muda' untuk digunakan Ong Kim Swee bagi kejohanan jemputan B-21 Piala Thanh Nien di Gia Lai, Vietnam bermula 13 Oktober ini.

Bagi Wan Jamak, lima pemain berkenaan - penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan, Fadhli Shas, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Gary Steven Robbat (Harimau Muda A) serta Zubir Azmi (Terengganu) boleh diambil semula Rajagobal selepas tamat kejohanan di Vietnam itu pada 21 Oktober jika mereka benar-benar dalam perancangan jurulatih itu bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2012 bermula 25 November ini.
"Secara ikhlas saya berpendapat, Rajagobal perlu melepaskan seketika lima pemain itu kepada skuad B-21.

Kim Swee memerlukan pemain terbaik ke Vietnam untuk mendapatkan kemenangan bagi mencapai kejuaraan.

"Rajagobal pula dalam persiapan mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF. Dia sepatutnya sudah ada gambaran 30 pemain terbaik disenaraikan pada kejohanan sebenar, penghujung November nanti," katanya.


Terima kasih kerana membaca Raja, rasional sikit!. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan