Home » » Bola Sepak Piala Emas Raja-Raja Ke-72 - Harimau Kumbang tarik diri

Bola Sepak Piala Emas Raja-Raja Ke-72 - Harimau Kumbang tarik diri

PULAU Pinang menarik diri daripada Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja-Raja Ke-72 yang akan membuka tirainya hari ini.
Keputusan skuad Harimau Kumbang itu menarik diri pada saat-saat akhir disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan.
Dengan penarikan diri Pulau Pinang itu, jumlah pasukan yang bersaing dalam Kumpulan C, kini hanya tinggal tiga pasukan iaitu Pahang selaku tuan rumah dan juara bertahan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Perak.
Kejohanan tahun ini menyaksikan empat negeri menjadi tuan rumah bagi saing peringkat kumpulan dengan Kedah menjadi tuan rumah Kumpulan A, Melaka (Kumpulan B) dan Terengganu (Kumpulan D).
Kumpulan A terdiri daripada Kedah, Kuala Lumpur, Johor dan Singapura manakala Kumpulan B diisi oleh Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan UiTM.
Kumpulan D pula merangkumi Terengganu, Kelantan, Perlis dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pada aksi pembukaan hari ini, Johor bakal menentang Singapura di Stadium Mini Jitra Kedah manakala Selangor akan menghadapi ancaman Negeri Sembilan pada saingan peringkat Kumpulan B di Stadium Hang Tuah, Melaka.
Pada saingan Kumpulan C pula, tuan rumah Pahang akan menentang ATM di Stadium Darul Makmur, Kuantan manakala saingan bagi Kumpulan D pula menyaksikan Kelantan menghadapi cabaran Perlis di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.
Final kejohanan tahun ini dijadualkan berlangsung pada 22 Disember depan dan venue masih belum diputuskan lagi.


Terima kasih kerana membaca Bola Sepak Piala Emas Raja-Raja Ke-72 - Harimau Kumbang tarik diri. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan